
KENYATAAN AKHBAR
PASUKAN KELANTAN DIBENARKAN BERMAIN SEMULA
DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE-IV KOTA BAHRU
SEBAGAI VENUE TUAN RUMAH.
Kelana Jaya, 29 Mei 2009: Jawatankuasa Tatatertib FAM ke-13 yang bersidang pada 28 Mei 2009, telah membuat keputusan menarik balik pengantungan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV Kota Bahru berkuatkuasa dengan serta-merta. Keputusan ini dicapai berikutan semakan semula hukuman yang dikenakan pada 10 April 2009 kepada Persatuan Bolasepak Kelantan.
Walaubagaimana pun Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh Persatuan Bolasepak Kelantan dalam masa yang terdekat ini sebelum bermulanya semula pertandingan Liga Super pada 16 Jun nanti dimana pasukan Kelantan akan menentang pasukan Perak UPB Myteam di Kota Bahru.
Pada insiden yang berlaku pada 7 April lalu semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala FA diantara Kelantan menentang Negeri Sembilan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah didenda sebanyak RM100,000.00 diatas kejadian rusuhan oleh penonton dan penyokong.
May 30, 2009 at 3:00 AM
Haji Kamaruddin Abdullah oyat , takpo la kita bui-bui la ko Kelate main semula di kota bharu.
Dia pun ore kelate jugok..
dalam hati kecik dia pun nok tgk kelate berjaya dalam bola sepak malaysia.
dia pun kijo laywer sepenuh masa..
kadang2 fam panggil chairs meeting baru dia gi wisma fam.
dapat laa elaun skit2.
takdok kepentingan jugok dia pun dlm fam ni.
Post a Comment