May
31

Terima kasih FAM


PENYOKONG Kelantan akhirnya dapat menyaksikan semula perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV pada 16 Jun ini.


HANYA ucapan terima kasih Persatuan Bola Sepak Malasyia (FAM) yang mampu diungkapkan penyokong Kelantan selepas FAM memberi kebenaran kepada skuad Wira Merah beraksi semula di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan (Kelate.net), Muhammad Yatimin Abdullah yang mewakili lebih 1,000 ahli kelabnya mengucapkan terima kasih kepada FAM kerana memberi hak semula kepada Kelantan untuk meneruskan baki saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Menurut Yatimin, beliau menganggap keputusan FAM itu tepat selepas Kelantan terpaksa menderita seketika apabila terpaksa menjadi 'tuan rumah' di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Katanya, keputusan itu juga merupakan hasil daripada sikap tidak mudah berputus asa Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan pihak pengurusan Kafa yang mengemukakan pelbagai rayuan kepada FAM.

"Syabas dan tahniah kepada Tan Sri Annuar kerana bersungguh-sungguh mengembalikan Kelantan ke stadium keramatnya.

"Saya yakin penyokong-penyokong Kelantan kembali bersemangat dan kemeriahan bola sepak di sini akan kembali bersinar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kelab Penyokong Kelantan, Harun Ali pula mengharapkan penyokong Kelantan tidak mengulangi perbuatan di luar batasan ketika menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV selepas ini.

Katanya, penyokong-penyokong Kelantan sepatutnya menjadikan kejadian rusuhan sebelum ini sebagai satu pengajaran.

"Saya minta semua penyokong setia Kelantan datang beramai-ramai ke Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menyaksikan perlawanan Kelantan menentang UPB-MyTeam pada 16 Jun ini bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak negeri ini," katanya.

Dalam insiden pada 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan menentang Negeri Sembilan, Kafa telah didenda sebanyak RM100,000 ekoran kejadian rusuhan oleh penyokongnya.

Sepanjang tempoh tujuh minggu sejak penggantungan itu, Kelantan terlepas peluang beraksi di Kota Bharu apabila terpaksa mengharungi empat perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pada empat perlawanan itu, Kelantan seri 1-1 dengan Selangor (11 April), tewas 1-2 kepada Johor FC (12 Mei), tewas 1-2 kepada Perlis (19 Mei) dan menang 1-0 ke atas KL Plus (26 Mei).

May
31

Manohara dakwa didera putera Kelantan


Jun 1, 09 12:23am
Istana Kelantan bergegar lagi dengan dakwaan bahawa seorang puteranya Tengku Muhammad Fakhry Petra mendera isterinya, seorang bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

manohara odlia pinot kelantan 260509Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa beliau - yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan - dianiaya setelah didedahkan ibunya Daisy Fajarina 20 April lalu.

Manohara Odelia (foto terbaru, kanan) melarikan diri ke Jakarta dari Singapura semalam apabila berada di republik pulau itu untuk menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan.

Akhbar dalam talian Detik.com tengah malam ini melaporkan, ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi esok, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu akan diserahkan kepada peguam mereka, lapor akhbar berpengaruh itu.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Walaupun tanpa dokumen lengkap, wanita 17 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta pagi semalam (Ahad) setelah dibantu oleh kedutaan republik itu di Singapura dengan kerjasama kerajaan Singapura sendiri, lapor Tempo Interaktif.

Memetik wawancara Manohara Odelia yang disiarkan secara langsung dengan sebuah stesen televisyen TV One di Jakarta, akhbar itu melaporkan wanita itu menyalahkan pihak istana yang mengetahui nasib buruk yang dialaminya tetapi tidak bertindak membelanya.

Beliau malah mendakwa foto yang menunjukkan beliau dilukakan di bahagian dada telah diserahkan kepada polis Malaysia tetapi tiada tindakan diambil, lapor akhbar itu lagi.

Manohara Odelia juga menyalahkan media massa negara ini yang sering memberikan gambaran bahawa beliau sentiasa dalam keadaan baik.

"Bantuan media di Malaysia tidak ada. Mereka hanya memfoto, lalu kemudian bercerita bahwa saya baik-baik saja. Padahal saya tidak ditanya," beliau dipetik berkata.

Selain itu, beliau juga menuduh kedutaan republik itu di Kuala Lumpur gagal menjalankan tugasnya dengan baik berhubung kesnya tetapi seorang pegawai di Departemen Luar Negeri Indonesia hari ini menafikannya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Dalam laporan laman web Kompas, yang memetik wawancara Manoharan Odelia dengan televisten ANTV, beliau mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya.

"Saya memang disuntik hormon itu dan berat badan saya bertambah 15 kg dalam waktu dua bulan. Malah 10 kg pertama kenaikan berat badan saya terjadi dalam waktu empat hari," beliau dipetik berkata petang semalam.

Sewaktu diwawancara TV One, Manohara Odelia menegaskan tidak akan kembali semua kepada Tengku Muhammad Fakry walau suaminya itu "datang dengan baik-baik dan meminta maaf", lapor Tempo Interaktif lagi.

"Siapapun yang mengalami seperti yang Mano (Odelia) alami tidak akan mau kembali lagi," beliau dilaporkan berkata sewaktu tampil dengan diiringi Daisy (foto kiri).

Menurut Manohara Odelia lagi, penderaan yang dialaminya berlarutan walaupun pasangan diraja itu pulang dari mengerjakan umrah di Mekah, 9 Mac lalu.

Sumber-sumber kerabat diraja Kelantan dan seorang kenalan putera Sultan Kelantan itu bagaimanapun sering menafikan dakwaan penderaan seperti dituduh ibu Manohara Odelia.

Malaysiakini akan cuba mendapatkan reaksi istana atau kenalan Tengku Muhammad Fakhry hari ini berhubung dakwaan terbaru isterinya itu.

May
31

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558



KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

penanti by election mansor victoryManakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

May
30

Keputusan Penanti Jam 8 malam


PETUGAS SPR Menyemak barangan di dalam peti undi yang dibekalkan sebelum dihantar ke pusat mengundi bagi Pilihanraya Kecil Penanti di IKBN, Bukit Mertajam, semalam.

BUKIT MERTAJAM: Keputusan rasmi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dijangka diketahui selewat-lewatnya jam 8.30 malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, keputusan dapat diketahui lebih awal berbanding pilihan raya kecil lain kerana jumlah mereka yang keluar mengundi dijangka tidak ramai kerana tidak disertai parti utama negara.

"Saya berasa keputusannya tidak terlalu lambat, paling lambat pun sekitar jam 8 hingga 8.30 malam. Malah, jika kita tidak menghadapi masalah, mungkin keputusan boleh diketahui jam 6.30 petang," katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Penjumlahan Undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini, semalam.

Seramai 15,384 pengundi, termasuk 24 pengundi pos layak mengundi pada pilihan raya kecil itu. Ia membabitkan 76.68 peratus pengundi Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 Peratus (India) dan 0.71 peratus (lain-lain).

SPR akan membuka sembilan pusat mengundi dengan 32 saluran dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebanyak sembilan sekolah dan satu dewan orang ramai dijadikan pusat mengundi.

Sementara itu, Abdul Aziz menasihatkan PKR supaya tidak menggunakan pelekat kenderaan dan payung meja semakan tertera logo parti itu pada hari pengundian kerana bertentangan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya hairan kenapa mereka masih tidak faham dengan larangan berkempen pada hari pengundian seperti dipersetujui dalam perbincangan dengan semua parti politik, baru-baru ini.

"Saya juga hairan dengan alasan kononnya mereka tidak menerima surat hitam putih mengenai larangan itu. Kami sudah memberikan surat itu pada 18 Mei lalu, malah kami juga membuat susulan dengan menelefon mereka," katanya.

May
29

KENYATAAN AKHBAR

Penarikan balik pengantungan bermain pasukan Kelantan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV
Date: 29/05/2009

KENYATAAN AKHBAR

PASUKAN KELANTAN DIBENARKAN BERMAIN SEMULA

DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE-IV KOTA BAHRU

SEBAGAI VENUE TUAN RUMAH.

Kelana Jaya, 29 Mei 2009: Jawatankuasa Tatatertib FAM ke-13 yang bersidang pada 28 Mei 2009, telah membuat keputusan menarik balik pengantungan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV Kota Bahru berkuatkuasa dengan serta-merta. Keputusan ini dicapai berikutan semakan semula hukuman yang dikenakan pada 10 April 2009 kepada Persatuan Bolasepak Kelantan.

Walaubagaimana pun Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh Persatuan Bolasepak Kelantan dalam masa yang terdekat ini sebelum bermulanya semula pertandingan Liga Super pada 16 Jun nanti dimana pasukan Kelantan akan menentang pasukan Perak UPB Myteam di Kota Bahru.

Pada insiden yang berlaku pada 7 April lalu semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala FA diantara Kelantan menentang Negeri Sembilan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah didenda sebanyak RM100,000.00 diatas kejadian rusuhan oleh penonton dan penyokong.

May
28

SSM Kembali!!!

Syukur Alhamdulillah!

Dikhabarkan Mesyuarat petang tadi memberi khabar gembira buat seluruh fan Kelate dimana 2 perkara utama di umumkan oleh FAM iaitu:

1. Kelantan akan kembali beraksi di stadium keramat bermula perlawanan Liga Super menentang MyTeam pada 16 Jun depan.

2. Denda dikurangkan sebanyak RM50,000 menjadikan denda menjadi RM50,000 (100k-50k = 50K).

SYABAS BUAT KAFA!!

May
27

Kelantan Terus Buat Rayuan

KUALA LUMPUR - Demi kepentingan bola sepak Kelantan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tidak patah semangat dan menyerah kalah untuk terus memohon rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar hukuman yang dikenakan ke atas mereka ditarik balik.

Menurutnya, surat rayuan kedua akan diserahkan kepada FAM berserta bukti-bukti baru kekecohan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammed IV bagi memberikan gambaran sebenar situasi yang berlaku pada ketika itu.

"Kami bukan hendak melawan berhubung hukuman yang dikenakan oleh FAM tetapi rayuan kedua bersama fakta-fakta baru ini diharap dapat memberi ruang kepada kami dibenarkan semula beraksi di Kota Bharu," katanya dalam sidang media selepas perlawanan antara Kelantan dan KL PLUS kelmarin.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan iaitu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang tuan rumah ternyata memberi banyak masalah kepada mereka terutamanya dari segi faktor kewangan.

"Kita juga minta FAM konsisten dalam mengenakan hukuman kepada pasukan mahupun persatuan. Sebelum ini insiden membakar bas di Terengganu dan penyokong memasuki padang di Johor hanya dikenakan hukuman gantung satu perlawanan.

"Jadi kami meminta ruang kepada FAM untuk membenarkan semula kami beraksi di Kota Bharu dan saya tidak sesekali akan berputus asa jika rayuan kali kedua ini ditolak kerana ia akan menimbulkan kekecewaan terutama sekali kepada peminat bola sepak Kelantan," katanya.

Dalam pada itu Annuar berkata, tempoh rehat pertengahan musim ini akan digunakan sepenuhnya oleh pemain bagi memulihkan semula semangat mereka dan mempersiapkan pasukan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

"Kita akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Kota Bharu bagi menghidupkan semula suasana bola sepak di Kelantan dengan menjemput dua orang bekas pemain import Mohamadou Moustapha dan Suriya Domtaisong untuk memeriahkan lagi perlawanan tersebut.

"Ini adalah hadiah kepada penyokong dan dalam masa yang sama untuk memulihkan semula semangat pemain," katanya yang menyatakan perlawanan persahabatan akan diadakan pada 6 Jun depan menentang Proton FC, diikuti 9 Jun bertemu Selangor manakala satu lagi perlawanan belum diputuskan.

Annuar juga berkata, Kelantan akan memperkemaskan semula pasukannya selepas mengenal pasti beberapa kelemahan terutama di bahagian tengah dan pertahanan yang gagal menunjukkan bentuk permainan menarik seperti di awal musim.

"Dalam masa yang sama kita masih lagi berkeinginan untuk membawa masuk pemain baru terutama menjelang saingan Piala Malaysia, saya membayangkan kita perlu mempunyai seorang lagi penjaga gol yang tangkas, pertahanan yang kental, pemain tengah yang kreatif dan penyerang yang berimaginasi tinggi.

May
27

Annuar Ubah Pendirian

Usaha bolehkan Kelantan kembali beraksi di KB akan diteruskan bukan tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tampak memberi isyarat berbeza walaupun pernah mengakui kemungkinan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia, sebelum ini gara-gara larangan beraksi di Stadium Sultan Mohamed ke-IV.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan dia akan tetap meneruskan usaha memajukan bola sepak Kelantan, tetapi usaha untuk membolehkan pasukan bergelar 'The Red Warriors' itu untuk kembali beraksi di Kota Bahru akan turut diteruskannya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menjatuhkan hukuman kepada Kafa dengan larangan bermain di Kota Bahru selepas berlaku rusuhan penonton sebaik tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu.


"Kafa akan tetap berusaha untuk berbincang dengan FAM untuk membenarkan kami beraksi di Kota Bahru walaupun rayuan kami sebelum ini ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan," kata Annuar pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Annuar juga berkata dia sudah menghantar surat memaklumkan hasratnya itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh kelmarin dan enggan menghantar sendiri surat kepada presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah kerana masih menghormati saluran perhubungan di FAM selaku ahli majlisnya.

Kafa dijangka membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya bagi mengatasi masalah kewangan yang melanda mereka gara-gara terpaksa beraksi di Bukit Jalil, selepas mesyuarat majlisnya pada 5 Jun ini.

Sementara itu, Annuar yang bakal dipanggil mengadap Jawatankuasa disiplin FAM pada 11 Jun ini menyuarakan kesediaannya untuk berdepan jawatankuasa itu yang dipengerusikan bekas pemain kebangsaan, Kamaruddin Abdullah.

May
27

Penyokong Kelantan terima apa jua keputusan

KUALA LUMPUR - Dua kelab penyokong bola sepak pasukan Kelantan bersedia untuk menerima dan menyokong apa jua keputusan yang bakal diputuskan mesyuarat Majlis Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini, sama ada menarik diri atau meneruskan baki saingan Liga Super.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Marhashim Mat berkata, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu Kelantan yang baru dinobatkan sebagai naib juara Piala FA 2009 menarik diri.

"Ini kerana jika perkara itu berlaku ia amat merugikan terutamanya dari segi pembangunan bakat-bakat muda yang ada di Kelantan.

"Jalan penyelesaian masih belum tertutup sepenuhnya kerana mungkin boleh mengajukan terus masalah ini kepada presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah," katanya lagi.

Beliau berkata, apa pun, pihaknya tetap berpendirian untuk menyokong penuh apa juga keputusan yang akan dibuat oleh KAFA, yang turut disokong oleh pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd. Yahya Jamada Ali.

"Kita tetap berdiri teguh di belakang KAFA jika hasrat menarik diri diteruskan juga," kata Mohd. Yahya ketika dihubungi.

Tambah beliau, pihaknya tidak mahu melihat kisah lama berulang kembali iaitu KAFA terpaksa menanggung beban kewangan yang akhirnya akan memusnahkan pasukan itu sendiri.

"Kemeriahan bola sepak tempatan akan hilang serinya tahun ini kerana persembahan Kelantan merupakan salah satu faktor yang menjadikannya lebih menarik terutamanya daripada sokongan peminat," katanya

May
27

PM: K'jaan larang Chin Peng balik

Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, ini kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap waris mereka yang terkorban semasa darurat dahulu.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke negara ini.

Teng dilaporkan berkata, bekas setiausa agung PKM itu yang kini tinggal di Thailand, hendaklah dibenarkan kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan dan Chin Peng tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Pemimpin Gerakan itu juga berkata, keganasan komunis yang melampau seperti pada-pada tahun 50-an tidak lagi diamalkan dan komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi serta kini sedang menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi, lapor Bernama.

chin peng and communist malayaChin Peng, 85, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak dikatakan masih mempunyai saudara mara di Malaysia.

Permohonan beliau menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lalu.

Bagaimanapun, saranan tersebut dibantah oleh pelbagai pihak termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Turut membantah ialah Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee yang dilaporkan berkata kekejaman PKM di bawah pimpinan Chin Peng tidak boleh dimaafkan.

Manakala Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang pula berkata walaupun kerajaan kini mengamalkan sikap terbuka dan bertimbang rasa serta dasar yang agak liberal, namun cadangan sebegitu hendaklah diteliti serta dikaji implikasi yang bakal timbul.

Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun pula berkata Pewaris menolak dengan lantang permintaan tersebut kerana ia seolah-olah melupakan peristiwa pahit yang pernah dilakar ketika penentangan komunis di negara ini.