Jun
27

Liga M Perlu Menghiburkan!!

KUALA LUMPUR: Permainan bola sepak negara dalam Liga Malaysia perlu dapat menghiburkan orang ramai, kata legenda bola sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat.

"Liga Malaysia yang kini suram perlu kembali mencari daya penarik kerana sukan tersebut pada asalnya adalah satu bentuk hiburan kepada orang ramai.

"Untuk menjadikan berbentuk hiburan, ia memerlukan ikon atau idola dan bintang yang dapat dilahirkan di dalam liga berkenaan seperti Allahyarham Mokhtar Dahari yang amat disegani dan dihormati peminat tempatan.

"Peminat tidak mahu tengok hanya satu tahap kebolehan dan kemahiran yang sama saja di dalam liga, perlu ada “bintang” walaupun pemain berkenaan cuma beraksi di posisi pertahanan," kata Raja Bola itu di sini, hari ini.


Abdul Ghani mengulas mengenai titah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, pada Kongres Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) ke-46 Ahad lalu, yang mahukan perjalanan Liga Malaysia dikaji semula.

Baginda melahirkan rasa kurang puas hati terhadap senario sukan bola sepak di negara ini terutamanya yang membabitkan masalah kewangan kepada persatuan negeri dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia.

Abdul Ghani berkata, FAM selaku badan induk bola sepak kebangsaan perlu mengkaji secara mendalam jalan yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan liga tempatan yang kian suram. "Kalau nak balik kepada semi-pro, mungkin pelbagai implikasi akan timbul terutamanya apabila membabitkan pembayaran gaji pemain yang mungkin terpaksa dikurangkan.

"Malah kalau nak kurangkan jumlah pasukan yang bersaing di dalam liga, kesan akan berbalik kepada kewangan persatuan itu sendiri kerana sumber pendapatan daripada tiket akan terjejas apabila kurang perlawanan dilangsungkan," katanya.

Beliau berkata, pemain juga akan mendapat kurang perlawanan sekali gus memberi kesan kepada aspek pendedahan dan pengalaman yang dikutip pemain dalam setiap perlawanan.

Tahun ini, Liga Super mempunyai 14 pasukan yang bertanding manakala 13 pasukan bersaing di dalam Liga Perdana selepas Johor Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) disingkirkan FAM pada Mac lalu berikutan masalah pembayaran insurans.

Mengulas kemungkinan membenarkan penggunaan pemain import di dalam liga tempatan selepas diharamkan musim ini, Abdul Ghani berkata, jika pemain tempatan gagal mendapat gaji dalam masa yang ditetapkan, bagaimana pula dengan bayaran pemain import yang jauh lebih tinggi bayarannya.

"Malah, jika hendak mengembalikan penyokong ke stadium, setiap pasukan seharusnya mempamerkan mutu permainan yang berkualiti dan peminat pastinya akan datang dengan sendiri. "Peminat bola sepak adalah golongan yang tidak sukar untuk dipanggil ke stadium, jika pemain buat kerja (bermain dengan bersungguh-sungguh), maka peminat juga akan buat kerja mereka (memberikan sokongan)," katanya.

Beliau memberi contoh kesungguhan yang dipamerkan pasukan Kelantan pada saingan Liga Super musim ini yang menyaksikan 20,000 peminat setia memenuhi stadium Sultan Mohamad ke-1V di Kota Bharu setiap kali pasukan itu bermain.

Liga bola sepak profesional di negara ini dijalankan sepenuhnya pada 1995 dan sudah mengalami beberapa perubahan dari segi peraturan mahu pun pengenalan liga baru seperti Liga Super yang dimulakan 2004.

Jun
20

Saiful jawab Anwar: 'Di mahkamah Allah dibicarakan juga'


Jika ditakdirkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda menerimanya.

Bagaimanapun, bekas pembantunya mengingatkan penasihat PKR bahawa beliau mungkin boleh lepas di mahkamah dunia, tetapi "di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga".

mohd saiful bukhari azlan 4 at jawi 271108Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Perbicaraan kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Mohd Saiful menulis dalam blognya lagi: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda.

"Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.

"Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.

Mohd Saiful mengakhiri catatannya dengan menulis "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh."

Jun
12

Mahal Gila!!! Apa ada pada Ronaldo

RM464j bawa Ronaldo ke Real Madrid


Cristiano Ronaldo

MANCHESTER: Manchester United bersetuju menjual ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan harga yang mencecah rekod dunia 80 juta pound (RM464 juta), menurut kelab elit itu, semalam.

"Manchester United menerima tawaran rekod dunia, tanpa syarat bernilai 80 juta pound untuk Cristiano Ronaldo dari Real Madrid," kata kelab itu dalam kenyataan di laman webnya.

"Atas permintaan Cristiano � yang sekali lagi melahirkan hasrat untuk meninggalkan kelab ini � dan selepas perbincangan dengan wakil pemain, United bersetuju untuk memberikan Real kelulusan berbincang dengan pemain itu.

"Perkara bersangkutan dengan perpindahan itu dijangka akan dimuktamadkan menjelang 30 Jun ini. Kelab ini tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga diberitahu kelak."

Ronaldo sejak sekian lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu, yang presiden barunya yang dilantik semula, Florentino Perez berikrar awal minggu ini untuk melakukan segala-galanya membawa bintang berusia 24 tahun itu ke San Bernabeu.

Berita itu hadir hanya beberapa hari selepas Real melengkapkan perpindahan 56 juta pound (RM325 juta) untuk perancangan Brazil, Kaka dari kelab Itali, AC Milan.

Madrid terpaksa belanja besar ketika tampak akan bersaing dengan musuh ketat, Barcelona dalam saingan domestik dan bersama Manchester United serta Chelsea dalam Liga Juara-juara.

United berulang kali dimaklumkan tidak persetujuan dicapai untuk penjualan pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa di sebalik kenyataan yang semakin kerap dari Sepanyol bahawa bekas bintang Sporting Lisbon itu sedang dalam perjalanan ke Bernabeu.

Tiada sebarang kenyataan dari Real Madrid, tetapi dilaporkan di England bahawa Ronaldo yang kini sedang bercuti di Los Angeles sudah bersetuju dengan pra-kontrak bersama kelab Sepanyol itu bernilai 8.3 juta pound (RM48.1 juta) setahun untuk tempoh lima tahun.

Dia begitu berminat menyertai Real sejak 18 bulan lalu dan ia memerlukan rayuan saat akhir dari pengurus United, Sir Alex Ferguson untuk memujuk supaya kekal di Old Trafford musim lalu.

Jun
12

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT & PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009 � 2011

Presiden
DATO� SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Naib Presiden
DATO� USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR

Ketua Dewan Ulama
DATO� USTAZ HARUN TAIB

Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI

Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD

Bendahari
DR MOHD HATTA RAMLI

Ketua Pengarah Pilihan Raya
DATO� USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

Ahli Jawatankuasa

DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR

DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

DATO� USTAZ ABU BAKAR CHIK

MOHAMED HANIPA MAIDIN

DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

DR LO� LO� MOHAMAD GHAZALI

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

DR DZULKEFLY AHMAD

DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

USTAZ HASHIM JASIN

MAZLAN ALIMAN

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

DR MUJAHID YUSOF RAWA

DATO� HAJI HUSAM MUSA

MOHAMAD SABU

MOHD ANUAR TAHIR

ASMUNI AWI

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

DR SITI MARIAH MAHMUD

WAN UBAIDAH WAN OMAR

MUHAMAD ABDULLAH

Pesuruhjaya PAS Negeri
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN

KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

KELANTAN : TUAN GURU DATO� NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB

PAHANG : DATO� USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SELANGOR : DATO� DR HASAN MOHD ALI

W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

MELAKA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

JOHOR : DATO� DR MAHFODZ MOHAMED

SABAH : MUHAMAD ABDULLAH

SARAWAK : USTAZ OSMAN MUSTAPHA

Jun
10

Sultan, Raja Perempuan diseret dalam laporan polis Manohara

Manohara Odelia Pinot akhirnya membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan, berhubung dakwaannya beliau diculik dan didera suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis Indonesia di Jakarta semalam, lapor akhbar Surya hari ini.

surya live indonesia news website manohara sultan kelantan police report 100609Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan nama kapten pesawat peribadi yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu, kenalan dekat suaminya Mohd Soberi Shafii dan seorang pengawal peribadi yang dituduh memukulnya dalam pesawat tersebut.

Peguam itu berkata kelapan-lapan itu ingin dituntut disiasat menurut Seksyen 285 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (seperti Kanun Keseksaan di Malaysia) berhubung kesalahan penganiayaan dan penculikan.

Menurut akhbar yang sama, beliau juga bercadang membawa kelapan-lapan nama itu bawah Seksyen 333 kitab undang-undang jenayah itu, yakni kesalahan menyekat kebebasan orang lain.

Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.

'Setelah visum (pemeriksaan perubatan) kami harapkan pih"

Jun
10

4 Syarat untuk kafa

PETALING JAYA - Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meletakkan empat syarat buat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang akan kembali menggunakan kembali Stadium Sultan Muhammed IV sebagai gelanggang tuan rumah Selasa depan.

Menurut pengerusinya, Datuk Che Mat Jusoh, sesi perbincangan panjang lebar dalam mesyuarat semalam telah mengkaji dari semua aspek untuk empat syarat yang ditetapkan itu.

"Walaupun hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM iaitu tidak boleh beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV sudah ditarik balik tetapi KAFA perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan," katanya selepas mesyuarat di Wisma FAM semalam.

Jelasnya, Kelantan boleh menggunakan stadium tersebut sebagai gelanggang tuan rumah pada 16 Jun ini serta mana-mana perlawanan berikutnya sekiranya berjaya memenuhi syarat empat syarat yang ditetapkan.

"Syarat yang pertama ialah tidak dibenarkan sebarang acara lain diadakan di luar stadium semasa perlawanan berlangsung terutama sekali di bahagian laluan pasukan pelawat.

"Kedua kami berharap pihak persatuan dapat mengubah kaunter jualan tiket di pintu utama ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.

Kata Che Mat, syarat yang ketiga ialah menyediakan terowong laluan buat pemain untuk memasuki padang.

"Manakala syarat yang keempat, kami mahu KAFA memberi jaminan bahawa pihak polis sudah bersedia sepenuhnya bersama unit- unit tertentu sepanjang perlawanan berlangsung.

"Sekiranya keempat-empat syarat tersebut tidak berjaya dipenuhi KAFA kami akan menimbang semula hukuman, sama ada diteruskan atau ditarik balik," katanya.

Bagaimanapun Che Mat yakin semua syarat tersebut mampu dilaksanakan oleh KAFA.

"Kami akan menghantar surat secara rasmi berhubung syarat-syarat tersebut melalui Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad hari ini (semalam).

"Sementara itu mesyuarat khas beserta dengan lawatan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Ahad ini pada pukul 12.00 tengah hari untuk memastikan semua syarat tersebut telah dipatuhi," katanya.

Tambahnya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan amat berharap KAFA mampu berunding dengan pihak polis dan kerajaan negeri berhubung syarat-syarat tersebut.

"Kami berharap agar penyokong setia Kelantan tidak mengulangi lagi perbuatan yang mereka lakukan sebelum ini," katanya.

Selepas dua kali mengemukakan rayuan kepada FAM Kelantan akhirnya dibenarkan beraksi semula di Stadium Sultan Muhammed IV sebagai gelanggang tuan rumah 29 Mei lalu.

Kelantan sebelum ini dihukum beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang tuan rumah selepas penyokong mereka membakar kenderaan polis, merosakkan harta benda awam dan individu serta merusuh setelah tidak berpuas hati dengan kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan 31 Mac lalu.

Jun
04

http://img259.imageshack.us/img259/9153/mmame3.jpg

Jun
03

Ranap!! Memalukan Negara


TINJAUAN udara menunjukkan runtuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

INFO

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

  • Dibina Mei 2006; siap 2008

  • Kos RM292 juta

  • Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta

  • Kapasiti 50,000 orang

  • Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy

  • Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan

  • Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang
  •