Jangan ulangi ‘tragedi 2000’: Chong Wei
LEE Chong Wei tidak rela membiarkan ‘Tragedi 2000’ berulang apabila skuad Piala Thomas negara menjadi sasaran kemarahan peminat selepas menampilkan persembahan buruk di gelanggang sendiri.Sekalipun belum berada dalam skuad badminton dan hanya berstatus pemain remaja namun pengalaman ketika itu, melihat sendiri bagaimana peminat cukup hampa dengan aksi pasukan kebangsaan sudah cukup membulatkan tekad pemain nombor satu dunia itu melakukan sesuatu yang istimewa pada kejohanan kali ini.
Pada 2000, kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Piala Thomas yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, persediaan skuad negara dibelenggu pelbagai masalah yang menyaksikan Malaysia tersingkir pada saingan kumpulan.
Kali ini, Choong Wei, bersama rakan-rakannya cuba melakukan sesuatu yang tampak dalam genggaman mereka, iaitu menjuarai Piala Thomas yang akan berlangsung 9 Mei ini di gelanggang sama.
“Selaku perseorangan pertama memang ada tekanan,” kata Choong Wei. “Saya menjadi harapan memberi kemenangan pertama kepada pasukan. Tetapi saya sudah bersedia memikul tugasan itu.
“Selain itu saya berasa yakin dapat meneruskan aksi terbaik dalam Piala Thomas sejak 2008 di mana saya tidak tewas dalam sebarang perlawanan ketika kejohanan di Jakarta itu. Dan dengan kehadiran pemain senior seperti (Wong) Choong Hann, ia memantapkan lagi skuad kebangsaan.”
Bagi Choong, dia berasa bangga disenaraikan dalam skuad Piala Thomas sekali pun tidak lagi dalam pasukan kebangsaan.
“Saya akan memberi yang terbaik dan membalas kepercayaan pasukan kepada saya,” katanya. “Kali ini saya mahu membantu membawa pulang Piala Thomas.”

Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut.



Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa beliau - yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan - dianiaya setelah didedahkan ibunya Daisy Fajarina 20 April lalu.
Walaupun tanpa dokumen lengkap, wanita 17 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta pagi semalam (Ahad) setelah dibantu oleh kedutaan republik itu di Singapura dengan kerjasama kerajaan Singapura sendiri, lapor Tempo Interaktif.
Dalam laporan laman web Kompas, yang memetik wawancara Manoharan Odelia dengan televisten ANTV, beliau mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

